for good

May 10th, 2008 by tariqziad-genx

attention to all my visitors(although there may be none)

i’ve made a new blog for myself in blogspot, thus, i wont be posting anymore in this friendster blog(hehe..thank god)

you can find it at

muslimcountrykid.blogspot.com

thanks n trimas

coretan teman

February 12th, 2008 by tariqziad-genx

kucoretkan sebuah lakaran
untuk dikongsi bersama teman seperjuangan
moga diterima dariku kemaafan
dari segala yang aku lakukan

cinta ilahi
indahnya pada puisi
tenangnya di dalam sanubari
tapi alangkah rugi
ia hanya sekadar fantasi
bagi insan lemah jatidiri
hidup berpedomankan hawa diri

aku hanya manusia
tidak terlepas dari silap dosa
kerana diri masih tidak cukup kuasa
untuk mengawal keinginan yang membuak bara

sememangnya aku
masih perbaiki diri
dalam usaha mencari
sesuatu yang hakiki
nilainya amat tinggi
mengatasi langit dan bumi

kuharapkan darimu teman
segala tunjuk ajar dan nasihat
untuk menjadi bekalan
dari dunia ke akhirat

kerana itulah
yang menyedarkanku kembali

peranan ku atas muka bumi ini

bukan melata tanpa arah tuju pasti
tapi untuk mencari
keredhaan ilahi

p/s: sori ar klu tak berseni sgt..ade salah mane2 ke..aku bukan org seni..huhu..tp harap2 mesej sampai ek:)

AnasRosedi
8.35 a.m
13/2/2008

hear ye hear ye…latest album mirwana!!

December 19th, 2007 by tariqziad-genx

yang dinanti2kan telah pun tiba!!
latest album by MIRWANA - BUMI AKHIR USIA
dijangka publish awal tahun depan
so utk tlg promote arr kononnye hehe ni die

link n lirik utk korang dgr…..bagi aku….nasyid mirwana mmg…two thumbs up!!!

http://media.imeem.com/m/yR4-_shmgp/

JAUH

Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih

Doaku semoga hidupmu bahagia

Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama kasih kita dan cinta

Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia ku nanti tiba saatnya kitakan bersua

Doaku semoga dirimu sejahtera

Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Diri mu tak pernah ku lupa
Terus ku nanti setia
Saat indah kita bersama

Bersama kasih kita dan cinta

Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya

Song by Akmal Mirwana

Mirwana - iman

December 5th, 2007 by tariqziad-genx

sekian lama amat aku tak update blog aku
cuti final sem ni pun aku tak berkesempatan untuk update blog
banyak sangat aktiviti luar dan aku pun ketandusan idea
biarlah otakku tenang melayani detik emas cuti ni
huhu
namun begitu akhir2 cuti ni aku ada dengar nasyid lama yang terasa enak telinga aku mendengar
so, semoga terhibur dengan lagu ni,
(nak mp3 die apply ar..aku ade link die)
salam perjuangan di akhir zaman

:)

Mirwana - Iman

Kau umpama rembulan
menerangi kegelapan
Kau ibarat bintang
Menghiasi langit malam

Kau menerangi hatiku
Bak mentari terangi siang
Kau menghiasi hatiku
Yang dahulu kekosongan

Kau berikan kekuatan
Untuk kuterus berjuang
Hadapi segala cabaran
Atasi permasalahan

Kau curahkan kebahagiaan
Meleraikan kesedihan
Waktu ku terasa keseorangan
Ketika dalam berjuang

Ramai yang melupakanmu
Tak ramai yang mengecap nikmatmu
Tak ramai yang ditemanimu
Tak ramai merasa manismu

Inspirasi mukmin sejati
Tempatmu letaknya di hati
terkadang kau berkurang dan bertambah
diKaulah penyelamat ummah

daKu merasa manismu
Dalam menyintai Allah dan Rasul
Dalam menyayangi Sahabat
Dalam membenci kekufuran

Kepada Allah kuberdoa
Hidup matiku bersamamu
Bersama dihidupkan semula
Melangkah ke syurga bersama

Kan kujagamu selalu
Dengan membaca Al-Quran
Jua mengingati ajal
Mekarlah kau di hatiku

Song by Yasin
Lyric by Yasin
Produced by Yasin
Vocals by Yasin

end of ramadhan beginning of eid

October 11th, 2007 by tariqziad-genx

THE END

Ramadhan akan berakhir…

sungguh tak sangka, pejam2 celik tgk2 ramadhan bg tahun 1428 hijrah dah sampai ke penghujungnya dan akan pergi lagi…menantikan hadirnya tahun 1429 supaya beliau boleh bertandang lagi di jiwa manusia yang ketndusan halawah iman…menyemai kembali benih taqwa yang kian pupus dilahap maksiat pada bulan2 sebelumnya…sebaliknya…ramadhan di nilai hanya diserikan dengan solat tarawikh dan sedikit tilawah quran dan qiamullail…yg lain mungkin dgn study(walaupun hakikatnye lepas keletihan tarawikh..diri terus je tido..ho3) …tdak lagi tadarrus…tidak lagi tazkirah yang mentazkiah diri yg gersang ini… dan tidak lagi bacaan imam-imam di masjid sekitar kota bharu yang sememangnya ‘best’…

sedikit sesalan mula terasa
seakan ramadhan kali ini tersia begitu saja
diri tak habis lagi murajaah silibus taqwa..dengan iman dan ihtisaba

namun diri masih berharap…agar masih ada amalan yang men’supplement’kan lagi taqwa dan iman…walaupun sedikit tetapi ada…..better than never….

taqabbalallahu minna wa minkum
semoga ALLAH menerima amalan dari kami dan amalan dari kamu…

EIDUL FITR

Raya bakal menjelma….

apa yang kita nak rayakan?

hanya kejayaan menahan lapar dan dahaga sahajakah selepas sebulan??
kejayaan menurunkan berat badan??
kejayaan menjelajah seluruh pelusuk bazar ramadhan dengan kuih dan juadah yg pelbagai??

bagi diri,
eidul fitr sememangnya hari kita meraikan kejayaan
tapi bukan kejaayn di atas

sebaliknya kejayaan kita mendidik hawa nafsu kita supaya mengikut telunjuk kita
bukan sebaliknya seperti sebelum ramadhan

kejayaan menyuburkan kembali iman dan taqwa dalam diri

kejayaan yang membawa kepada perubahan diri
perubahan dari seorang muslim sinner kepada muslim with fear
muslim yang lebih baik dari sebelumnya
lebih mantap iman
lebih tenang jiwa
lebih tajam pemikiran
lebih celik hati
lebih taqwa kepada-
NYA

sungguh kemenangan ini sungguh manis…tapi terfikir juga diri….tercapaikah semua itu setelah ramadhan 1428H ini diharungi???

so sad..so sad…

tapi alhamdulillah
diri masih bersyukur di beri kesempatan merasai ramadhan 1428H
dibndingkan dgn diri2 yang lain yg tidak diberi ‘masa’…
insyaALLAH ramadhan 1429H amat dinanti2kan lagi oleh diri

Selamat Hari RaYa
maaf zahir dan batin
kullu am wa antum bikhair

sekeping hati di bawa bercuti

August 5th, 2007 by tariqziad-genx

sekeping hati dibawa bercuti
jauh merentasi tiga negeri
aku rase macam nk mati
punye susah nk mula stadi…

first attempt to study…5th of august…FAILED…

ahax…di pagi kedua cuti nih aku meng’gaban’ dgn send comment kat kwn2
dan update blog..sementara menunggu masa hantar adik2 g
sekolah…well….berdasarkan parody kat atas, maka sedia maklum ar
bahawasanya aku dah memulakan cuti mid sem tamhidi…tapi aku tak rasa
ni cuti mid sem…more like an exam breaksebab lepas je cuti ni maka
bermulalah exam mid term tamhidi…

dah exam so cuti ni sepatutnye diisi dengan buku oleh pelajar yang
"kurang" macam aku..(makan buku!!! kata cikgu faezah)…huhu…memula
balik tu berapi ar jugak nak study..sebab result tutorial topikal kimia
aku tak seberapa…(slek skit bhgn matter..)tapi alhamdulillah dah
cover habis insyaALLAH petang terakhir sblm hari aku pulang…

tiba di rumah…macam biasa ar…adik lame tak jumpe abang(amani)
sedar-sedar tido je berjuta ceritera nk dikisahkan..layan je la dah aku
pun dah lame tak ‘acah’ dengan die..tapi tak lame gak lepas tu aku
"syahid" keletihan…dari pukul8 - 12..lawat sekolah lame…jumpe
teacher anisah dan ustazah asiah…banyak jugak cerita nk
dikongsi…….

berada di kelantan ni terasa kekosongan jugak..
..
..
sam takde
mat woh takde
fathi tak jmpe lg
farhan takde
abd rahman takde

jadi ape la nak dipelikkan kalau semalam
nk dikisahkan aku rasa hari pertama cuti aku dipenuhi dengan..’syahid’ yang melampau…huhu
nasib baik family ade….tak pun bila mana mak asiah abbas amna g sekolah amani ade lagi…hoho..(jangan dengki la kakau ku di uiam..kui4)

nak dikatakan biasalah first day cuti..ditambah lagi dengan keletihan merentas tiga negeri untuk tiba di kampung halaman…

insyaALLAH hari ni ade la improvement harapnye…
teringat pulak pada kata2 "ustaz", hafizuddin haznan(teman seperjuangan di tamhidi)
orang yang paling malang ialah orang yang tiada improvement dari hari semalam, hari ni, dan hari esok..

syiddi hilak!!

sepinggan dosa berulamkan pahala

July 12th, 2007 by tariqziad-genx

mse yg smkin suntuk uk update blog….aiseyhh…tp dlm mse yg suntuk nih..alhamdulillah sempat juga aku luangkan mse utk update blog nih skit….dan kongsi satu artikel yg bagi aku amat bermakna dan maksudnye amat mndlam…smoge mnjadi renungan yg bermakna utk kite sume…tak kire laki atau pompuan

sila proceed ke bwh…

taken from saifulislam.com

hell.jpg

Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.

Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.

Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.

Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…

Assalamualaikum WBT.

Terdiam ustaz membaca email ukhti.

Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang sama.

Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan berfikir, di manakah silapnya.

Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

Semakin ramai siswa dan siswi cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.

Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti, bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.

Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain.

Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul kesannya di kemudian hari.

Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.

Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain. Ukhti juga akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain.

Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga. Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia sebelum hukuman Akhirat.

Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.

Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.

Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.

Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya.

Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai tuan empunya badan dan kehidupan.

Salam dan doa dari ustaz.

ABU SAIF

smoge kite sentiasa dibwh lindungan ALLAH….dilindungi dri tipudya syaitan yg brmcm2 jenis….yg menyamarkan diri dlm bntuk yg baik….ibarat serigala bertopengkan nenek dlm citer red riding hood…..

ya allah..lindungilah kami..tetapkan kami dgn agama-MU….tetapkan kami dgn cinta-MU…..agar nanti kami berjaya menggapai rahmat-MU…insyaALLAH

allahumma ameenn..

release..dddddd

June 30th, 2007 by tariqziad-genx

gudbye tensen

perghh setelah 3 minggu(aku rse ar)…memakse otak bekerja dgn tungkus lumusnye…pada hari ini..tanggal 30 jun bersamaan dgn hari sabtu…aku mndapat tau bhwsnye geng2 medic aku ade yg nk jalan2 kat time square n lowyat…aku pun ikut sekaki ar dengan diorang…best gak hari nih…memule tuh rse tak best gak sebenarnye..sbb tinggalkan belajar jap hari nih…tp dok kat sana best arr gak….jln2….lagi pun ni la 1st time aku menjejakkan kaki aku kat time square n monorel..well im just an ordinary kampung boy…who lived in bandaraya islam kota bharu…tp satu perkara yang aku sedar…dan menyedarkan aku….betapa lainnye suasana kat kl n kat kelantan..walaupun aku mmg pernah dibesarkan kat kl(subang jaya tuh konsider kl arr)….tp 5 thn kat kelantan sudah berupaya meng’shock’kan aku skit dgn pemakaian yg mcm2 rupa….tak cukup kain…kuda belang…rimau belang….etc

di kl… org yg berkopiah or bertudung labuh dianggap satu pakaian yg agak pelik dan menonjol…vice versa jika dibandingkan kelantan…sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat…bertudung labuh..berjubah…berkopiah…malah berserban…bukan nk mengangkat cume hendak meletakkan sesatu pada tempatnya…

maka rasanya tak melampau utk aku katakan..kerajaan sudah berjaya mewujudkan satu suasana islamik walaupun masyarakat tidak lagi berjaya mengamalkan islam sepenuhnye…slow n steady…insyaALLAH…

busy ke??

satu persoalan…kenapa aku nih bley bukak fs hampir hari2 sedangkan aku ckp hidup aku agak busy skang nih…dgn pelajaran yg agak packed…jadual cam taknak bg aku tido siang(amalan aku dari dulu)…

adakah saje nk wat sandiwara pencapapan yg aku nih bdak tamhidi perubatan???

huhu…jgn tertipu dgn sangka buruk yg dicucuk2kan setan dlm hati korang…

sememangnye jadual study aku meletihkan…pegi pagi balik ptg..(men bola jap ptg tuh kdg2 hehe)…mlm plak g masjid balik study…then tido…huhu…letih  penat meaning tiring that is exhausting!!

tp alhamdulillah arr…..kat restoran tepi kolej kediaman aku nih ade provide free internet access…so alang2 dok tnggu order tuh….ape larr salahnye on9 jap…

gratitution

dlm aku dah lme tak update blog aku nih…ade gak yg sudi luangkan masa bukak dan bace coretan n ‘copy-paste’ yg aku praktikkan utk fill-in-the-blank blog aku nih….tak kurang gak yg ckp blog aku nih agak menarik walaupun aku rse cam hampeh…tp insyaALLAH…klu ade manfaat yg korang rse bley amik amik arr….dan klu ade kekuranngan tuh…tinggal2kan arr komen..

yg baik itu SEMUA nya dari ALLAH

dan yg buruk itulah jua kesalahan hamba-NYA yg lemah hina dina ini

istaqim sabili ya rabb…

ila mardhotika..

ameenn…

simpang tiga perjalanan ke univesiti

June 2nd, 2007 by tariqziad-genx

T-junction

29hb Mei menjelang tiba, hari di mana aku akan meneruskan perjuangan hidup aku setelah sekian lama aku menanti..

pagi yg agak cerah sememangnye diisi dgn kesibukan mengemas dan persediaan utk menaiki tren dari kelantan ke kl sentral..tetapi pada pagi ini juga aku tlah mengalami ‘temporary dilemma’…

sekembalinye aku dr membeli barang2 keperluan sepanjang perjalanan nnti, kakak aku menghampiri aku dan mengkhabarkan satu berita yang men’terkezut’kan aku dan meletakkan aku di simpang tiga perjalanan hidup aku.

"Anas, org ARB telefon, die ckp Anas dapat arr biasiswa perubatan tuh"

Sapa yg tak gembire bile tau diri dipilih utk diberi biasiswa..tambahan lagi biasiswa yang hanya diberi kpd 6 orang pelajar shj di seluruh malaysia…

tp kegembiraan itu hanyelah sementara..kerana kini perjalanan aku tidak lagi terus…tp dihentikan dgn simpang tiga..ke kanan atau ke kiri….ke usim atau ke indon…

aku berfikir sejenak…sambil berbincang sedikit sebanyak dgn mak dan datuk aku yg pada ketika itu berada di rumah aku

dan aku mengambil keputusan untuk memilih jalan yang selama ini menjadi impian aku untuk melanjutkan pelajaran..kemana?…ke usim lar…

aku tak mahu jatuh dalam lubang yg sama sebyk dua kali..

MTAQPC or MML

dipendekkan cerita, cita2 sebenar aku sememangnye utk melanjutkan pelajaran ke MML setelah menamatkan pengajian di peringkat primary..walaupun mmg pernah juga semasa di darjah 3-4, aku bercita2 utk belajar di MTAQPC..

utk memasuki kedua2 skolah ini memrlkan bakal pelajarnye utk menduduki ujian kemasukan..maka aku sudah tentu menngambil ujian ke MML…tetapi, aku juga menduduki ujian kemasukan utk ke Maahad Tahfiz ALquran wa Qiraat Pulai Chondong..

to my suprise, ade kwn aku mse skolah rendah yg ikut serta dlm ujian kemasukan utk ke MML nih..dan aku gak ade wat sorang kwn bru mase ujian..aku pun lg ar smangat nk msk MML…

apabila keputusan diumumkan, pada mulanya, alhamdulillah, aku dan kwn aku ni berjaya utk menempatkan diri yg tak seberapa ni di bumi annamuzaji, Maahad Muhammadi Lelaki dan permohonan aku utk ke MTAQ tidak diterima utk first intake…tetapi, setelah persiapan mental utk ke MML aku dah siap…kuar pulak satu lg kputusan utk second intake..di mana pihak MTAQ mngambil tambahan sbyk 20 org plaja lg utk kemasukan ke saff awwal iidadi…dan aku terpilih..

dilemma…dilemma…dan dilemma

pikiran aku kusut

hati berbelah bagi

……

namun atas pujukan ayah aku, aku pun memilih utk ke MTAQPC,

huhu..tak sampai seminggu berada di sana aku dah pikir nk balik…almaklum saje lah..mungkin sbb jiwa aku mse tuh still keanak2an….ditambah lg dgn satu janji yg aku wat dgn kwn aku

"jumpe lagi nnti kat sini (MML )!"

so, dua minggu kat situ aku diserang hepatitis A..sakit perut..makan tak lalu…mata kekuningan…demam…yg menyebabkan aku utk miss sekolah selame sebulan dua minggu..

so, kat rmah, aku n ayah aku berbincang balik….

"klu anas rasa nk blaja kat MML, belajarlah kat MML.."

begitulah lebih kurang maksud ayah aku….dan aku berjanji dgn ayah aku..aku akan melakar kejayaan di bumi maahad nih…

……

..

.

begitulah pengajaran berharga yg aku dpt….bile kite dah set mind nk pegi ke suatu destinasi…istiqamahkan diri…teguhkan azam…kuatkan semangat…dalam hidup ia merupakan sesuatu yg normal utk kite membuat terpaksa memilih antara dua, tiga atau lebih….pilih yg kite rse terbaik utk diri kite….teruskan perjalanan tanpa memandang ke belakang…

mmg terbit rse menyesal utk meninggalkan MTAQPC…tp ini jalan yg aku pilih….

dan aku yakin dan berdoa..

ia yg terbaik utkku…

Ya ALLAH…permudahkanlah hidupku untuk menggapai syurga-MU…berikanlan petunjuk-MU di saat aku tersepit, buntu, sesat,dan sbgainye…agar aku dapat menggapai cinta-MU…

di FRESH slame 2 mlm 2 dinihari

May 11th, 2007 by tariqziad-genx

" Anas,kak amy sini, bley tak klu awk dtg ke fresh ptg esok, jam 5.30 ptg? kedai perlukan orang, li yg rekomen awak untuk keje di sini" kata sorang wanita di gagang handset 3310i aku

FRESH

    serta-merta aku berfikir balik, esok ade majlis anugerah pelajar cemerlang anjuran Yayasan Islam Kelantan, ye, walaupun aku tau aku bukanlah tergolong di kalangan pelajar2 elit,tp alhamdulillah aku terplih utk terima pemberian kerajaan negeri kelantan sbyk rm500 dlm majlis berkenaan, dan dlm keadaan masih tertanye2 sapekah gerangan wanita di gagang..

"orait je, tp mungkin sy tpakse dtg lewat sikit esok,sbb ade majlis utk plaja cemerlang esok" balas aku dgn perasaan excited yg bercampur baur.

"takpe asalkan sblm malam, datang ye" balas kak amy, sedikit lega.

    maka bermulalah satu permulaan kehidupan baru aku, rupenye li aka awwab yg rekomenkan aku keje sbg sorang waiter kat restoran FRESH located sblm jmbatan baung (klu org kelate panggil ghetok baung..hoho)…mse mule2 dtg aku mmperkenalkan diri aku kat pekerja2 kat restoran tuh..dan aku pun mule la menolong skit sbyk cam susun meja kerusi..

    aku pun stat r knal dgn chef2 kat dapur, baru aku tau most of the
workers came from thailand, kak na,kak mi,kak sah n nang… but they are able to speak in malays
(kelantanese malay la) as normally people from golok n kelantan keep
coming in n out to shop n work, the workers, all of them are a very nice n supportive
person….hoho…best gak kwn baru nih..

    bile pelanggan dtg, aku gabra r skit dah tak pnah amik order dgn org, slalunye aku ar yg meng’order’ (hahaha..)…tp alhamdulillah wadi,one of the worker(waiter) there keep giving hands to me whenever i need any help…hoho..and slowly i dont feel rigid anymore, even sumtimes i did enjoy taking and sending meal to the customers…hoho….i feel deep inside my heart untranslated satisfactions by the time i reach the customer with their meal on my hand and give it to them…the satisfaction grew fonder..donno why…ok keep on the story…
    cam bese arr….dunia nih bukan sume org baik..bukan sume org polite…bukan sume org straight-forwad dan tak kisah…ade gak yg jenis hampeh..wat waiter cam badut..panggil cam panggil kuli…perli tak tentu psl…order cam taknak order…..pakaian pelik2….huhu…macam2 ragam!!!…wlupun first2 tuh ade gak terbit rse cam perasaan org-ni-nk-mkn-penyepak-ke atau baik-aku-lyn-kambing-dari-lyn-die-nih  dlm hati aku..tp aku maniskan roman muke aku yg cover baik nih..layan je ar ape yg diorang nk ckp..keep on being polite (not used to it though..hahaha..wut a miracles)…

    first nite aku keje  mmg memenatkan gile..dah rr mlm khamis aku keje..malam yg di’cop’ sbg mlm paling sibuk dlm byk2 mlm oleh pkerja FRESH..sbb bese arr kan..mlm jumaat kat sini cam mlm sabtu ar kat kl…stat weekend..org ramai arr kuar lepaking….tambah plak dgn aku freshies dlm bidang peng’waiter’an nih…dtg plak customer baru tanye ape lauk best…ape minuman best…memule aku ckp ar aku bdak baru…taktau ape…tp 2nd day tuh kau tibai je bg ape yg ade dlm menu..hoho..tp ok arr…sume makanan mantap2…trutamanye roti bakar yg aku rse terliur je bile tgk…hehe…tp first nite aku nasib baik dpt keringanan balik awal dari kak amy sbb die kesian dgn aku ade majlis ptg td..pnat2 dtg keje…koragn teke ar habis pkol brape….pkol 2.30 pagi…aku pun ape lg…brambos je ar….huhu…trimas kak amy..

    esoknye plak…lpas solat jumaat aku lyn je tido sampai ptg….bgn, solat asar n tross ke tmpat keje aku..FRESH..

    mlm kedua agak berbeza dgn mlm sblmnye..tak brape sibuk dgn bilangan customer ttp byk..tp tak seramai smalam…dan aku pun btambah dua org lg knalan…kak yah dgn kak ya…huhu dua org yg nme nk dkat serupe…kak yah aku tak byk sgt story yg aku tau psl die…tp kak ya(hoho..muke cam hermione dlm filem HP..korang judge sendiri ar muke camne)…dia tunggu nk sambung blaja kat universiti kat thailand…dlm bidang perguruan english (TESL r kot)…so proceed arr dgn keje nih sampai habis (dah tkaleh blk awal ..hoho)…make habis arr keje aku pkol 4 pagi..

     huhu..aku rse cukup arr 2 mlm 2 dinihari aku keje kat FRESH tuh..mmg dah meletihkan sgt….tp aku ttp terhutang budi dgn kak amy n abe sbb bg aku peluang utk keje kat situ….gaji aku tak hrp sgt pun sbenarnye (nk gak cume ikut je brape nk bg..asalkan dua angka..hoho)..yg penting pengalaman…..experience…..

WAITER DAN DOKTOR

     keje sbg waiter nih aku bley gak kaitkan dgn future keje aku nnti sbg sorang doktor (insyaALLAH)…sbbnye keje sbg sorang waiter nih memerlukan interaksi yang baik antara waiter dan pelanggan…hati diorang kne jage…percakapan..tingkah laku….pendek kate….kite jgn bg diorang trase ati dgn kite…klu tak mne diorang nk dtg lg kat cafe niehh….komunikasi….ibarat jambatan yg menghubungkan hati seseorang dgn seseorang yg laen….so klu takde komunikasi…hati tak bertaut…camne nk ade persefahaman?..

    itulah cabaran terbesar bg sorang doktor….penah aku teringt mse interview medical scholarship ARB….interviewer tuh tanye kat aku….what is ur own definition about a good doctor…??

    aku jwh camni…a good doctor is of coz someone who knows clearly everything about medical knowledge n treatment..and also someone who knows the right way to communicate wif patient…

    sepanjang mse ayah aku ade dlu, mse aku ikut ayah aku wat treatment ape2…mmg ade aku jmpe doktor yg sombong…yg jenis taknak-layan…yg jenis takde fell dgn keje diorang…yg lebih trok lg…yg jenis marah2 patient..yg ade pangkat tinggi tp berlagak…panas hati bile teringat kembali…

    to be a doctor…bukanlah satu pekrjaan yg hanye memerlukan kepandaian dlm ilmu medik smata2…tp juga ilmu komunikasi dgn pesakit….sbb dlm alam karier sorang doktor nnti….pesakit lbh kurang same dgn pelanggan….mcm2 ragam..mcm2 reaksi…mcm2 komen..mcm kritikan…MACAM-MACAM!!!!
jd sorang doktor yg berkarisma dan berkaliber msti tau…how to deal with patient..no matter wut behavior..wut attitude…wut comments….they dump out right onto our face…sudah tentu ia memerlukan kesabaran dan ketabahan di samping budi bahasa yg elok dan tinggi…..kerana itu pekerjaan doktor dipandang tinggi di mata masyarakat….kerana NILAInye amat tinggi…

    dan aku berstuju amat dgn coretan Ust Hasrizal dlm blog http://saifulislam.com …try ar bukak…

    mungkin org bley kate….ko tak jd doktor lg….ko taktau btape pyhnye jd doktor…BETUL…aku tak nafikan bnde tuhh…dan aku taip nih pun bukan sbbnye aku nk kritik org..jauh skali mmbanggekan diri aku konon nye aku nih Mr-know-everythin…tp juga satu peringatan utk diri aku nnti…..dan korang pun..igt2kan lah aku…berilah dorongan dan peransang kat aku so dat aku bley jd sorang doktor yg islamik, berkaliber dan bersahsiah tinggi…itulah impian aku yg sbenar…bukan skadar doktor…

fastaqim kama umirt…

Ya ALLAH…Istiqamahkanlah diriku….

ameennn…

chaiyok n ganbatte!!!!

mirai e mukatte!!!